What's Hot

    Dua kerja ini sangat popular, iaitu Grab Food rider dan Foodpanda rider. Ada satu lagi yang tak ramai orang tahu, iaitu menjadi Dah Makan rider. Jangan risau, seperti artikel terdahulu, kami akan kongsikan cara daftar DahMakan rider dengan langkah yang mudah.

    Apa itu Dah Makan?

    Secara mudah, Dah Makan ialah servis penghantaran makanan.

    Beroperasi di Kuala Lumpur, Dah Makan menawarkan servis berkaitan makanan; memasak, penghantaran makanan, pembayaran dan lain-lain.

    Apa yang menjadikannya lebih menarik ialah adalah ada aplikasi yang boleh dimuat turun di peranti mudah alih, yang membolehkan anda menempah makanan beberapa hari sebelum mahu makan.

    Maksudnya, boleh tempah makanan 2 hari sebelum itu. Lebih kurang macam Air Asia, boleh pre-book makanan dalam kapal terbang sebelum terbang ke destinasi.

    Selepas memuat turun aplikasi dan mengisi beberapa butiran, anda boleh menyemak imbas makanan tengah hari dan makan malam yang ada.

    Penggunaan aplikasi Dah Makan adalah semudah 1,2,3. Boleh pilih masa penghantaran yang dikehendaki untuk makan tengahari atau makan malam.

    Ini bermakna, sebagai Dah Makan rider, anda sebenarnya tidak perlu tertunggu-tunggu dan terkejar-kejar waktu. Ini kerana pesanan selalunya sudah ada dalam sistem.

    Walau bagaimanapun, tengok nasib juga. Jika sibuk, sibuk juga.

     

    Cara daftar DahMakan rider

    Kini anda sudah tahu serba sedikit tentang DahMakan. Sekarang, jika ingin cuba kerja sebagai delivery, boleh sahaja.

    Cara untuk mendaftar sebagai rider Dah Makan adalah seperti di bawah:

    1. Pergi ke laman web https://dahmakan.com/kuala-lumpur/ride.
    2. Anda akan dibawa ke laman Dah Makan untuk mendaftar sebagai pekerja.
    3. Scroll ke bahagian atas laman dan tekan butang Daftar Sekarang.
    4. Pada laman seterusnya akan tertera Google Form untuk mendaftar.
    5. Baca penerangan pada Google Form tersebut. 
    6. Scroll ke bawah. Pada bahagian Nama, masukkan nama penuh anda.
    7. Pada bahagian Nombor Telefon, masukkan nombor telefon anda yang aktif.
    8. Pada Rider Fulltime/Partime, pilih sama ada anda ingin menjadi rider sepenuh masa atau rider sambilan.
    9. Pada Pilih Lokasi Interview anda, pilih lokasi untuk dijalankan interview anda. (Lokasi interview buat masa ini hanya ada di kawasan Lembah Kelang sahaja)
    10. Tekan butang SUBMIT.
    11. Pendaftaran anda berjaya.
    12. Anda akan dihubungi untuk menetapkan masa dan hari untuk sesi interview anda.

     

    Lokasi interview Dah Makan

    Tidak semua tempat di Malaysia ada coverage Dah Makan. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja, iaitu di kawasan Lembah Kelang

    1) Cara daftar DahMakan rider (Interview di HUB PJ)

    Isnin – Jumaat
    10.30am and 2.30pm

    Sabtu
    10.30am

    Lokasi PJ: https://bit.ly/dmkhubPJ

     

    2) Cara daftar DahMakan rider (Interview di HUB KL)

    Isnin – Jumaat
    2:30pm sahaja

    Sabtu
    10.30am

    Lokasi Pudu: https://bit.ly/dmkhubPudu

     

    3) Cara daftar DahMakan rider (Temuduga di HUB KD)

    Isnin – Jumaat
    10.30am and 2.30pm

    Sabtu
    10.30am

    Lokasi KD: https://bit.ly/dmkhubKD

     

    4) Cara daftar DahMakan rider (Temuduga di HUB USJ)

    Isnin – Jumaat
    10.30am and 2.30pm

    Sabtu
    10.30am

    Lokasi USJ: https://bit.ly/dmkhubUSJ

     

    Gaji DahMakan rider

    Kami faham. Gaji adalah perkara yang sangat penting. Buat apa kerja dengan DahMakan kalau tak setimpal dengan penat?

    Difahamkan bahawa gaji Dah Makan rider adalah dalam lingkungan RM15-RM20 sejam. Rider berpeluang menjana pendapatan sehingga RM2600 sebulan.

    Bukan itu sahaja, baju dan welcome kit juga akan diberikan oleh pihak DahMakan. Menurut laman pendaftaran Google Form di atas juga, makan juga akan diberikan kepada rider Dah Maan secara percuma.

    Bukan mahu kata kerja rider ini tiada masa depan. Pihak Dah Makan juga kata ada peluang naik pangkat menjadi leader, admin atau trainer.

     

    Kelayakan Dah Makan rider

    Untuk menjadi rider Dah Makan, kelayakannya tidaklah terlalu ketat.

    Anda hanya perlu menpunyai:

    • Motorsikal sendiri
    • Lesen motorsikal yang masih sah
    • Telefon bimbit

    Selain itu, anda dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak  RM50 sahaja. Kami rasa, yuran ini adalah untuk pihak DahMakan mengetahui anda benar-benar serius untuk kerja ini atau tidak.

     

    Akhir kalam

    Mudah bukan? Kesimpulannya, rider adalah satu pekerjaan yang mungkin agak memenatkan, tetapi menyeronokkan dan juga berfaedah untuk mengisi masa sementara menunggu pekerjaan sepenuh masa yang lebih baik.

    Buat lepasan universiti yang ingin cuba nasib sebagai rider, cubalah mendaftar dan jadi rider Dah Makan.

    Semoga bermanfaat.

    My writing covers job-related topics, from boosting office productivity to salary negotiations. I have a keen interest in workplace dynamics and enjoy exploring and comparing job markets across various industries. My goal is to help both employers and job seekers make informed decisions in their professional journeys.

    3 Comments

    Leave A Reply