Bila tengok semakin banyak motor yang pasang beg Foodpanda, semakin kita tertanya-tanya, benarkah boleh buat duit dengan Foodpanda? Bagaimana cara daftar Foodpanda? Macam mana cara jadi rider Foodpanda agar boleh tambah pendapatan hanya dengan bermodalkan motosikal?

Langkau artikel ini untuk baca cara daftar Grab Food rider pula.

Malas keluar

Untuk keluar dari pejabat, dan pergi ke destinasi untuk mendapatkan makanan yang anda idamkan, anda perlu mengharungi kesesakan di jalan raya. Hal ini lazimnya berlaku bagi anda yang menetap di bandar seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Ibarat yang selalu kita dengar dalam drama di televisyen; “Nak settle satu lagi masalah, kena hadap pula lagi satu masalah”. Leceh bukan? Kadangkala, ketika kita di rumah, anda tiba-tiba berasa lapar. Anda inginkan makanan yang mungkin berat untuk memuaskan nafsu lapar anda, tetapi anda malas untuk keluar dari rumah.

Mungkin hari tersebut hari bekerja anda dan mungkin anda kepenatan untuk keluar. Anda ingin tidur tetapi anda tidak mengantuk, sebaliknya anda lapar. Jadi, bagaimana anda ingin menyelesaikan masalah anda? Senang sahaja. Pesanlah makanan anda dengan foodpanda.

Apa itu Food panda?

Mempunyai ibu pejabat di Berlin yang terletak di Jerman, foodpanda merupakan servis penghantaran makanan yang berasal dari Jerman, dan kini beroperasi di 40 buah negara dan wilayah.

Servis ini membenarkan pengguna untuk memilih makanan dari mana-mana restoran tempatan di dalam negara dan membuat pesanan dari aplikasi di telefon bimbit selain daripada di laman web rasmi foodpanda.

Kemudian, foodpanda akan menghantar makanan anda ke destinasi di mana anda berada menggunakan krew penunggang penghantaran (delivery riders).

Jika mahu buat pesanan, boleh baca cara order Foodpanda terlebih dahulu.

Cara daftar Foodpanda rider secara online

Secara terperinci, foodpanda memproses dan menghantar pesanan secara terus kepada restoran yang menjadi ‘rakan’ mereka, kemudian restoran akan menyediakan makanan tersebut secara bungkus dan rider milik foodpanda akan menghantar makanan tersebut ke destinasi anda.

Servis ini terdapat di laman web rasmi syarikat ini serta pada aplikasi di telefon bimbit. Secara kronologinya, cara anda sebagai pelanggan boleh memesan makanan menggunakan foodpanda adalah seperti berikut:

  • Masuk ke website foodpanda atau aplikasi foodpanda di telefon bimbit
  • Masukkan poskad lokasi di mana anda berada
  • Browse makanan yang anda inginkan daripada senarai restoran yang terpapar pada hasil carian anda. Lihat menu daripada setiap restoran yang anda inginkan dan pilih makanan anda.
  • Masukkan alamat di mana anda ingin makanan itu dihantar.
  • Teruskan ke checkout.

Foodpanda menerima segala jenis pesanan daripada laman web mereka ataupun daripada aplikasi telefon bimbit. Syarikat ini menyambungkan pelanggan dengan restoran yang menyediakan servis penghantaran makanan di kawasan di mana pelanggan tersebut berada, serta memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih, memesan dan membayar secara dalam talian (online).

Foodpanda juga mempunyai ruangan pandangan (review section), di mana pelanggan boleh memberi komen tentang proses jualan daripada pesanan sehinggalah kepada makanan sampai kepada mereka, proses penghantaran, rasa makanan dan penampilan restoran itu sendiri.

Mudah sahaja cara daftar Foodpanda rider bukan?

Cuma perlu motor, komputer atau telefon bimbit dan Internet.

 

Cara daftar Foodpanda rider

Rider

sebagai Karier?

Anda juga boleh menjadi krew foodpanda jika anda mahu, dan tugas andaBuat anda yang mungkin tertanya-tanya bagaimana ingin menjadikan servis foodpanda sebagai satu kerjaya, anda perlulah mendaftar dahulu untuk membuat akaun yang baru di website foodpanda. Cara untuk mencipta akaun baru foodpanda adalah mudah.

Caranya:

  • Google foodpanda Malaysia
  • Atau terus pergi ke website www.foodpanda.my
  • Scroll mouse anda ke butang APPLY NOW di ruangan “Join our delivery team!” .Tekan butang tersebut.
  • Pada laman seterusnya, di ruangan Pilih bandar anda, pilih bandar tempat anda menetap dan mudah untuk menjalankan servis anda sebagai rider.
  • Di ruangan Your vehicle, pilih jenis penghantaran anda, sama ada menggunakan motosikal atau anda sekadar berjalan kaki.
  • Tekan butang MOHON SEKARANG.
  • Sebuah kotak maklumat akan keluar yang mengandungi ruangan untuk mengisi maklumat peribadi anda.
  • Di bahagian Nama, masukkan nama pertama anda.
  • Di bahagian Nama bapa, masukkan nama keluarga anda bagi yang bukan beragama Islam.
  • Bagi yang beragama Islam, anda boleh masukkan dua perkataan terawal dalam nama anda. Misalnya, untuk Muhammad Akmal, masukkan Muhammad di ruangan Nama, manakala Akmal di ruangan Nama bapa.
  • Masukkan nombor telefon anda di ruangan Telefon bimbit.
  • Masukkan emel anda di ruangan Emel.
  • Tandakan Ya pada soalan “Adakah anda berumur 18 tahun dan ke atas mengikuti kad pengenalan anda?”. Anda tidak dibenarkan menjadi rider sekiranya umur anda kurang daripada 18 tahun.
  • Pilih bahasa pilihan anda di ruangan “Bahasa manakah pilihan anda?”
  • Pilih Ya untuk soalan “Adakah anda seorang warganegara Malaysia?” .Hanya warganegara Malaysia sahaja dibenarkan menjadi rider foodpanda di Malaysia.
  • Pilih Ya untuk soalan “Adakah anda mempunyai lesen motosikal yang sah (Lesen P ke atas)?”. Penunggang yang masih mempunyai L tidak boleh menjadi rider.
  • Tekan butang Hantar.

Anda akan menerima SMS daripada foodpanda meminta anda untuk hadir ke pejabat mereka untuk mendengar taklimat ringkas. Akan ada juga sesi praktikal dengan pekerja senior mengenai bagaimana untuk mengendalikan pesanan dan penghantaran.

Sekiranya tiada masalah, anda boleh menjadi rider foodpanda. Pada hujung sesi praktikal, anda boleh mendaftar dan mendapatkan ID dan kata laluan untuk aplikasi foodpanda. Anda juga akan mendapatkan peralatan foodpanda seperti baju rasmi, beg thermos dan beg foodpanda. Anda berjaya!

Apa kebaikan menjadi rider Food panda ini?

  • Fleksibiliti masa, di mana anda boleh memilih jadual bekerja anda untuk satu hari, sama ada mungkin syif tengah malam sahaja untuk satu hari.
  • Dapat banyak pengalaman baru (hantar makanan ke pelbagai jenis lokasi berbeza, dari kawasan flat sehinggalah ke pejabat dan kondo mewah)
  • Bonding yang kuat antara rider
  • Banyak program dianjur khas untuk rider
  • Wujud program khas bersama komuniti seperi Ride Amal

 

Berapa gaji rider foodpanda?

Gaji rider foodpanda dibayar secara mingguan, setiap hari Selasa. Pada mulanya, gaji seorang rider adalah sebanyak RM5 sehingga RM6 sejam.

Cukup 3 bulan bekerja, gaji meningkat dari RM6 sehingga RM7 sejam. Apabila cukup 6 bulan bekerja, gaji akan meningkat dari RM 7.50 sehingga RM 8.50 sejam. Dalam setiap delivery, terdapat juga tips sebanyak RM3.

Income ini akan bertambah jika rajin.

The more your work, the more you earn!

 

Lokasi rider foodpanda yang banyak permintaan

Benar, tidak semua tempat sesuai menjadi lubuk untuk mencari rezeki. Maka, di bawah ini ialah senarai lokasi permintaan tinggi.

Jika mahu jadi rider Food panda, cubalah kerja di kawasan ini.

  • Shah Alam
  • Kuala Lumpur (KL)
  • Penang
  • Johor Bahru
  • Ipoh
  • Melaka

 

Akhir kalam

Kerja menjadi rider untuk foodpanda adalah kerja yang mencabar dan sangat memenatkan, tetapi menyeronokkan kerana banyak pengalaman anda dapat peroleh, lebih-lebih lagi apabila berdepan pelanggan yang mempunyai kerenah yang berbeza.

Cara daftar Foodpanda rider telah kami kongsikan. Langkah seterusnya ialah hanya dari diri anda sendiri.

Tambahan lagi, kerja sebegini berbaloi untuk mencari duit poket lebih, serta untuk pelajar atau lepasan universiti mencari pengalaman kerja.

Sebagai alternatif kerja di Singapura yang jauh nun di selatan, anak-anak muda masih lagi boleh kerja di Malaysia.

Yang terakhir, jika tidak mahu kerja hantar makanan, boleh sahaja cuba kerja hantar barang seperti di Lalamove, Shopee Express dan juga Lazada Express.

Semoga bermanfaat.

My writing covers job-related topics, from boosting office productivity to salary negotiations. I have a keen interest in workplace dynamics and enjoy exploring and comparing job markets across various industries. My goal is to help both employers and job seekers make informed decisions in their professional journeys.

62 Comments

  1. Assalam..disini ada info baru..
    Bermula isnin nnti 3 feb 2020, rider perlu bank in dahulu security deposit + tshirt (RM150) ke acc Hong Leong Bank 20300010855 utk setiap pendaftaran.
    Dan resit yg di bank in tersebeut perlu di uploadkan ke dlm form bersama IC, Lesen , Roadtax dan proof work experience tu..

    Saya akan create id tersebut pada lewat sehari selepas pendaftaran rider tersebut.

    boleh rujuk saya semula untuk keterangan lanjut. TQ.

    BETUL KE KENA BAYAQ DULU UTK REGISTER?

  2. kenapa susah sangat nak apply untuk jadi food panda rider dekat area skudai johor bharu .

    ada yg group kata sudah tunggu sebulan belum lagi interview

  3. Luqman Bin Abu Bakar on

    PM 0177210388
    luqman
    Saya berminat join panda food rider untuk partime
    bahagian johor bahru skudai..impian emas skudai..

  4. Luqman Bin Abu Bakar on

    PM 0177210388
    luqman
    Saya berminat join panda food rider untuk partime untuk wife n anak2
    bahagian johor bahru skudai..impian emas skudai..

  5. Daftar sekarang, nanti pihak kami akan hubungi di bandar anda
    .
    Klik > https://rider.foodpanda.my
    .
    – Motosikal + Lesen motosikal kelas B2
    – Bertanggungjawab dan boleh diharap serta beramanah tinggi
    – Berusia 18 tahun dan ke atas

    #daftarfoodpanda
    #gajiriderfoodpanda
    #pendapatanfoodpanda

    Scroll mouse anda ke butang APPLY NOW di ruangan “Join our delivery team!” .Tekan butang tersebut.

    Pada laman seterusnya, di ruangan Pilih bandar anda, pilih bandar tempat anda menetap dan mudah untuk menjalankan servis anda sebagai rider.

    Di ruangan Your vehicle, pilih jenis penghantaran anda, sama ada menggunakan motosikal atau anda sekadar berjalan kaki.

    Tekan butang MOHON SEKARANG.

    Sebuah kotak maklumat akan keluar yang mengandungi ruangan untuk mengisi maklumat peribadi anda.

    Di bahagian Nama, masukkan nama pertama anda.

    Anda akan menerima SMS daripada foodpanda meminta anda untuk hadir ke pejabat mereka untuk mendengar taklimat ringkas. Akan ada juga sesi praktikal dengan pekerja senior mengenai bagaimana untuk mengendalikan pesanan dan penghantaran.

    Sekiranya tiada masalah, anda boleh menjadi rider foodpanda. Pada hujung sesi praktikal, anda boleh mendaftar dan mendapatkan ID dan kata laluan untuk aplikasi foodpanda. Anda juga akan mendapatkan peralatan foodpanda seperti baju rasmi, beg thermos dan beg foodpanda. Anda berjaya!

  6. Saya sudah siapkan permohonan & sudah menghadiri taklimat tetapi selepas isi data persendirian yang diminta. Saya tidak mampu daftar kerana saya terima SMS yang mengatakan bahwa permohonan saya sudah pernah diterima… rujukan: .me/2if5kb.

    Macam mana saya boleh rujuk status permohonan saya ini ya. Mr. John yang mengendali kawasan Kota Kinabalu pun tidak mampu menyelesaikan masalah ini. Perkara ini sudah lebih satu minggu. Harap bantuan. Tel: 0168303474

    • Mohd.Rejab Bin Abdul. Samad on

      Rejab OKU dulu rider McD lama 5tahun berhenti…Saya mohon jawatan rider pandanfood pada boss

  7. Muaz bin Muhammad Tan on

    sy ingin menjadi rider food panda… tp xtau how to daftar n yg berkaitan.. tolong penjelasan abg2 kakak2 tuan2 puan.. 0148353400 Pontian area

  8. Muhammad ameer ashraf bin Azman on

    saya nk masuk jadi rider tapi umur saya bulan 7 ni baru genap lapan belas tkkn tak bole tolong

  9. Muhammad rohaimi bin sabri on

    Assalamualaikum saya berminat untuk jadi rider food panda contact saya 0172413162, 01164940511,

  10. saya berminat untuk jadi rider foodpanda di kawasan kuala kangsar,perak & saya dah daftar juga pada bulan november 2020 & pada march 2021 di website foodpanda. sekarang dalam julai,sampai sekarang tak ada apa-apa balas daripada managements / pic area sini.

  11. Muhammad Amirul Mohomad Salehin on

    Saya nak menjadi rider food panda. Tapi saya tak punyai lesen P motor. Jadi mcm mana saya nak dapat jadi rider ya. Tolong bantu saya. Saya memang perlukan sangat kerja jadi rider food panda

Leave A Reply