Pasti ada yang masih keliru untuk check nombor SOCSO, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan cara mengetahui nombor SOCSO dengan panduan yang ringkas.

Persediaan

Apa itu PERKESO atau SOCSO? PERKESO ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial. SOCSO pula ialah Social Security Organisation. Bezanya, PERKESO dalam bahasa Melayu dan SOCSO pula dalam bahasa Inggeris.

Fungsinya? Pertubuhan ini memberikan perlindungan keselamatan sosial (kemalangan di tempat kerja atau jatuh sakit) kepada pekerja dan ahli tanggungan mereka (melalui pencen sekiranya berlaku kematian)

Mengapa cara mengetahui nombor SOCSO sangat penting?

Sebab, PERKESO juga menawarkan 3 jenis skim bantuan seperti:

  • Skim Bencana Pekerjaan
  • Skim Keilatan
  • Skim Bencana Kerja Pekerja Asing

Tapi macam mana pula individu yang bekerja sendiri takkan tidak ada sebarang skim perlindungan? Ada,jangan risau.

Sila baca cara daftar dengan PERKESO MATRIX untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Cara mengetahui nombor SOCSO

Berikut merupakan 3 cara semak nombor SOCSO anda.

#1 Cara Mengetahui Nombor SOCSO Melalui MyKad

Pertama sekali, anda boleh tahu nombor SOCSO melalui kad pengenalan anda.

Nombor Socso adalah nombor kad pengenalan anda yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seperti yang dinyatakan

https://www.perkeso.gov.my/soalan-lazim.html#24-s-apakah-nombor-ahli-perkeso-saya

Sekiranya MyKad anda berangka 12 seperti 900512145188, jadi itulah nombor SOCSO/PERKESO anda.

Anda boleh rujuk link di atas untuk mengesahkan maklumat diberi sama seperti di portal PERKESO.

#2 Cara Check Nombor SOCSO Melalui Slip Gaji

Anda juga boleh rujuk slip gaji untuk mendapatkan nombor SOCSO anda. Selalunya yang dah lama kerja, ada nombor SOCSO dengan KWSP tertera pada slip gaji anda.

Tapi, sekiranya anda baru sahaja masuk kerja (kerja pertama anda), anda mungkin perlu rujuk dengan ketua/supervisor/HR anda.

#3 Hubungi 1-300-22-8000 (Talian Khidmat Pelanggan)

Anda boleh menghubungi 1-300-22-8000 untuk mendapatkan pengesahan nombor SOCSO sekiranya anda tidak pasti atau keliru.

Masa operasi talian khidmat pelanggan adalah Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara mengetahui nombor SOCSO seperti di atas dapat memudahkan lagi urusan anda.

Adakah anda seorang majikan yang masih tidak tahu cara buat caruman untuk pekerja anda? Sila baca cara guna Assist Portal PERKESO.

Anda sebagai majikan juga boleh baca cara mohon Program Subsidi Upah bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk pekerja anda.

Pastikan anda adalah ahli PERKESO yang telah berdaftar sebelum menggunakan perkhidmatan seperti di atas.

Semoga bermanfaat.

Share Your Salary Anonymously

Help create salary transparency by sharing your information. We respect your privacy and do not collect any personal details. Your contribution helps others in the industry make informed career decisions.

My writing covers job-related topics, from boosting office productivity to salary negotiations. I have a keen interest in workplace dynamics and enjoy exploring and comparing job markets across various industries. My goal is to help both employers and job seekers make informed decisions in their professional journeys.

1 Comment

Leave A Reply