Pasti ramai yang sentiasa berasa berdebar dan kerdil apabila bercakap di hadapan orang ramai seperti jantung hendak gugur. Selalunya bila buat ‘presentation‘ di depan ramai orang yang memandang. Lebih-lebih lagi, jika perlu berucap dalam Bahasa Inggeris. Jadi, bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri supaya boleh rasa tenang di atas pentas?

Malu meluahkan rasa suka

Ada satu lagi, di mana ada lelaki atau perempuan yang takut untuk menegur seseorang yang dia suka. Bimbang kena ‘reject‘. Frasa ‘friendzone‘ itu sangat dekat di hati dia.

Dan jangan lupa, bila kita rasa ‘down‘, kira akan rasa susah untuk bangkit kembali.

Rasa ‘down’ itu biasa

Kalau tak rasa ‘down‘, tak mencabar rasa hidup.

Dan kena ‘reject‘ bukan hanya pada persahabatan. Ia berlaku di mana-mana. Ada di rumah, ada di tempat kita belajar dan ada juga di tempat kerja.

Dan ia bukan hanya penolakan cinta atau rasa mahu dekat dengan berlainan jantina sahaja.

Di tempat kerja juga, ada kes kena ‘reject‘ Penolakan ini akan membuatkan ramai orang patah hati.

Apabila boss marah orang lain, kita juga yang kena. Macam mana tidak datang rasa ‘down‘?

Rasa takut yang semulajadi

Gementar dan gemuruh itu memang satu fitrah di dalam diri seseorang manusia.

Akan tetapi, jangan jadikan itu sebagai alasan kerana itu boleh membantutkan kejayaan kita.

Oleh itu, di sini disediakan beberapa tips untuk meningkatkan kayakinan diri supaya diri kita dapat dilihat oleh orang ramai di persada dunia.

Teruskan membaca perkongsian cara meningkatkan keyakinan diri ini.

Cara meningkatkan keyakinan diri

Kena beranikan diri

Cubalah beranikan diri. Paling teruk, kena ‘reject‘. Jadi, apa masalahnya. Bukannya mati pun.

Paling baik, dapat berbual-bual dengan orang yang kita suka.

Itu kalau anda berani mencuba. Kalau tak berani mencuba, tolong berhenti dan jangan baca tips seterusnya.
Bayangkan kalau kita berani minta naik gaji dengan boss. Mungkin gaji kita sekarang sudah berlipat kali ganda.

Kena bulatkan tekad

Kalau nak, nak. Jangan pusing buat ‘u-turn’ semula.

Teruskan sahaja, jangan fikir dua kali. Anda kena ‘firm‘ dengan apa yang anda mahu buat.

Biarlah apa yang bakal berlaku, anda mesti tetap dengan keputusan yang mahu diambil. Tak mahu separuh jalan.

Ini baru sifat orang yang yakin diri. Orang yang tak yakin dengan diri sendiri, dia sentiasa ragu-ragu. Yang penting, doa jangan lupa.

 

Lawan perasaan dalam hati

Otak kata jangan, tapi hati masih mahu. Bila rasa berbahagi, sukar untuk kita rasa yakin pada diri sendiri.

Sedangkan kita sebenarnya cukup serba serbi.

Suara dari hati, kena pandai lawan. Bagaimana perlu buat? Tak semuanya kita perlu ikut.

 

Tukar imej diri, sentiasa berpakaian kemas

Janganlah pakai selipar jamban bila keluar. Jangalah pula pakai baju yang tidak bergosok. Itu tidak mencerminkan identiti yang sebenar.

Nampak pemalas.

Salah satu teknik bahasa tubuh yang perlu dikuasai ialah etika pemakaian. Tidak kira anda berada di mana sekalipun cara pemakaian anda akan menjadi perbualan dan tanggapan orang ramai.

Jika kita melakukan pembentangan di hadapan orang ramai, perkara pertama yang dilihat ialah pakaian.

Tidak perlulah pakaian yang beribu atau ratusan ringgit tetapi cukuplah pakaian tersebut indah untuk dipandang oleh mata.

Perkara ini sudah tentu dapat meningkatkan keyakinan diri anda untuk berhadapan dengan orang ramai.

 

Cuba buat perkara yang kita takut

Ya, memang takut mahu tegur dia. Itu adalah salah satu ketakutan yang nyata.

Tapi ada lagi ketakutan lain yang ada dalam diri anda. Anda seorang sahaja yang tahu apa yang anda takutkan. Manusia tidak boleh membaca fikiran antara satu sama lain.

Cuba buat.

Cari di mana titik ketakutan anda. Semua manusia mempunyai fobia.

Akan tetapi, sampai bila nak takut? Ketakutan yang berteruskan akan membuatkan keyakinan diri anda mengecil dan tidak berkembang.

“Nothing in life is to be feared. It is only to be understood” – Marie Curie

 

Kenali titik kelemahan sendiri

Mengetahui serta mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri adalah sangat penting.

Setiap orang berbeza kelebihan dan kelemahan.

Anda boleh menyenaraikan perkara yang menjadi kekuatan dan kelemahan anda.

Melalui sumber ini, kita dapat tahu bagaimana perkara-perkara tersebut mempengaruhi diri sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.

Pada masa yang sama, bakat yang ada boleh diasah dan dididik sehingga berkembang.
“Knowing yourself is the beginning of all wisdom” – Aristotle
 

Keluar dari zon selesa

Setia papa yang kita lakukan akan mendatangkan risiko. Ramai orang yang tidak berani untuk mengambil risiko kerana takut akan kegagalan.

Percayalah, anda patut lebih takut pada kegagalan akibat daripada tidak mengambil risiko berbanding mengambil risiko. Sama seperti, anda ingin bermain roller coaster tetapi pada masa yang sama anda takut.

Jika anda berani menaiki roller coaster anda telah mendapat satu pencapaian di mana anda seorang yang berani kerana habuannya sangat berbaloi.

Begitu juga pada kehidupan, kadang-kala ada situasi di mana kita perlu mengambil risiko supaya kita dapat keluar daripada kepompong zon selesa dan dapat meningkatkan keyakinan diri.

Keluar dari zon selesa, adalah salah satu cara untuk jadi kaya.

“Do not fear mistakes. There are none.” – Miles Davis
 

Selalu keluarkan peluh

Pernah dengar tentang hormon endorfin?

Ia adalah horman yang dirembeskan apabila kita bersenam dan keluar peluh. Laman web WebMD kata, ia akan buatkan kita rasa positif.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan stress.

Keyakinan seseorang dipengaruhi oleh kesihatan. Kesihatan yang lemah menjadikan pemikiran seseorang itu menjadi kusut serta menjejaskan keyakinan diri.

Badan yang sihat dan cergas sudah tentu menjadikan seseorang itu lebih bertenaga dan berkeyakinan.

Sentiasa menjaga pengambilan makanan dan amalkan gaya hidup yang sihat bagi memastikan tubuh badan kita berada dalam keadaan yang sihat serta mampu mendepani cabaran pada masa akan datang.

 

Jangan asyik fikir negatif

Anda perlulah sentiasa optimis kerana setiap cabaran dan ujian yang datang itu pasti ada hikmahnya. Sentiasalah berpegang kepada kata-kata dari tokoh Islam terkenal Salahudin Al Ayyubi:

“Aku meminta kekuatan, Allah memberiku kesulitan untuk membuatku semakin kuat.

Aku meminta kebijaksanaan, Allah memberikanku permasalahan untuk ku selesaikan.

Aku meminta kemakmuran, Allah memberikanku kecekapan dan tenaga untuk bekerja.

Aku meminta keberanian, Allah memberikanku rintangan untuk diatasi.

Aku meminta cinta, Allah memberikanku orang-orang yang mempunyai masalah untuk ku tolong

Aku meminta kemurahan hati, Allah memberikanku kesempatan

Aku tidak selalu dapat apa yang diinginkan, tetapi aku selalu dapat apa yang diperlukan”

Melalui mutiara kata ini, liku-liku kehidupan inilah yang menjadikan keyakinan kita bertambah kerana ia mengajar kita erti kesabaran dalam membina keyakinan diri untuk mencapai sebarang kejayaan.

 

Jangan takut kena kecam

Bagi perkara ini, kita sentiasa dikritik sama ada dengan kritikan yang baik atau yang lebih teruk, kecaman.

Ini boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai tanggapan negatif terhadap dirinya sendiri seterusnya membawa kepada kemurungan dan kurang keyakinan diri.

Bagi anda yang sentiasa mempunyai perasaan seperti ini, jangan khuatir. Dalam setandan pisang tidak semesti semuanya busuk. Begitu juga dengan diri kita. A

nda hanya perlu buat yang terbaik serta dapatkan khidmat nasihat dari pakar.

Cara ini membolehkan anda melihat perkara negatif ini boleh diatasi dengan mudah.

“Love yourself. It is important to stay positive because beauty comes from the inside out.” – Jenn Proske

 

Ringankan mulut, selalu puji orang lain

Memuji orang lain tidak menjadikan kita kerdil. Memberi pujian dengan tulus dan ikhlas akan memberikan aura positif kepada diri dan orang sekeliling kita.

Pada mulanya, akan mengambil masa untuk mencari aura postif tersebut, tetapi jika sudah terbiasa ia akan menjadi mudah. Sebagai permulaan, amalkan cara ini terhadap orang yang sangat kita rapat.

Tindakan ini akan menyebabkan kita berasa sanagat seronok kerana kita telah menyebarkan aura positif kepada orang lain dan dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri pada masa yang sama.

Pujian kepada orang lain adalah pujian juga untuk diri kita sendiri.

 

Jangan menggelabah, bertenang

“Life is ten percent what you experience and ninety percent how you respond to it” – Dorothy M. Neddermeyer.

Bila orang buat kita macam-macam, jangan cepat menggelabah. Bertenang.

Kita kena besedia bila perkara-perkara yang tak dijangka berlaku.

Melakukan sebarang persediaan bukan sahaja kepada perkara yang besar. Ia boleh dilakukan pada setiap hari. Apabila kita membuat persediaan, hari kita akan menjadi lebih baik kerana persediaan yang cukup akan meyakinkan diri untuk menempuh cabaran yang mendatang.

Tidak kira betapa besarnya cabaran itu, dengan persediaan yang betul dan kukuh, anda akan berasa yakin untuk melakukannya.

 

Belajar sayangi diri sendiri dulu

Kalau tak cuba sayang diri sendiri, macam mana mahu sayang orang lain?

Kasih sayang atau cinta merupakan salah satu emosi yang sangat kuat yang boleh mempengaruhi diri kita. Mungkin ada sesetengah daripada kita tidak dapat melakukan perkara yang disukai.

Ataupun, dapat melakukan apa yang disukai tetapi tidak berasa cinta akan apa yang dilakukan kerana mungkin kita berasa terlalu tertekan dengan kehidupan ini. Lantas, keyakinan diri akan berkurang.

Ini boleh diatasi dengan cara di mana anda perlu membuang perkara-perkara yang anda tidak suka atau membuang segala pengaruh negatif.

Keyakinan diri akan meningkat apabila anda memberi ruang masa untuk focus terhadap perkara yang disukai dengan membuang perkara yang tidak memberi anda kegembiraan atau nilai terhadap hidup anda.

“We are always the same age inside.”- Gertrude Stein
 

Akhir kalam

Kini anda sudah tahu cara meningkatkan keyakinan diri. Sebagai kesimpulan, pembinaan keyakinan diri mengambil masa yang lama.

Bergantung kepada seseorang itu bagaimana mereka ingin membentuk keyakinan mereka. Ada yang mengambil masa yang singkat, ada yang mengambil masa yang lama.

Tidak mengapa kerana setiap manusia yang dilahirkan berbeza-beza. Apa yang diperlukan adalah strategi yang mantap bagi mengukuhkan keyakinan diri.

Mulai hari ini, aturlah strategi bagi meningkatkan keyakinan diri. Jika tidak, kita akan ketinggalan jauh di belakang dan tidak dipandang.

Cuma bila sudah ada keyakinan diri, jangan pula jadi seorang yang ego.

Semoga bermanfaat.

 

Share Your Salary Anonymously

Help create salary transparency by sharing your information. We respect your privacy and do not collect any personal details. Your contribution helps others in the industry make informed career decisions.

My writing covers job-related topics, from boosting office productivity to salary negotiations. I have a keen interest in workplace dynamics and enjoy exploring and comparing job markets across various industries. My goal is to help both employers and job seekers make informed decisions in their professional journeys.

7 Comments

  1. saya untuk untuk melanjutkan pembelajaran dalam aliran yg ditentukan ,sya tkut sya gagal menghadapi peperiksaan dn mengecewakan kedua ibu bapa sya,malahan sya adalah murid bru di sch tersbut dn tidk mempunyai teman.tambahan lagi mereka telah belajar sehingga bab ke 5 sedang sya tidk mempelajari apapun. sya mohon pertolongan dn nasihat kerana org yg biasa sya meluahkan perasaan berada jauh dri sya dn kami tidak dpt berkomunikasi iaitu asrama

  2. Iya memang sukar untuk kita ke hadapan macam orang lain, tapi dengan ada keyakinan, kesungguhan dalam diri kita, kita akan lebih lagi dari orang yang hadapan.. Dalam hidup kita kena ada kepercayaan bahawa kita pun mampu berjaya walaupon tergelam jauh dari yang lain.. Usaha doa dan tawakal insyaallah Allah S. W. T permudahkan segalanya,kesusahan laa ajar kita erti kerjayaan😊semoga terus maju jaya..

  3. memburu kerjayaan on

    during pkp mmang bagi impak yg besar dalam kehidupan.kehilangan kerja.kehilangan org kita syg … berpisahan. semua berlaku… ak dalam terkanan yg besar.ak jadi takut nak kerja.nak bercampur n org….tapi aku akan cuba untuk terus kan kehidupan nie.. doa kan sy semua.. insyallah …

  4. Wan Ramli Wan Yahya on

    Alhamdulillah Syukur Selalu. Terima kasih. Rencana / tulisan yang sangat baik dan berfaedah.

  5. Wan Nursaiedah binti Wan Ismail on

    Memang begitu pun hidup semua yang kita alami di dalam hidup adalah satu-satunya ujian saya juga begitu tetapi kita harus sabar kalau kita sabar nanti kita akan dapat rezeki dari Allah saya rasa mahu membunuh diri sahaja tetapi saya takut dan sampai sekarang saya belum membunuh diri kerana saya tahu yang saya alami adalah ujian yang Allah bagi dengan tapi saya tak fikir sedangkan hidup orang lain lebih teruk daripada saya.

  6. Saya jenis gementar bila nak bercakap kat depan kelas…lagi-lagi bila cikgu suruh baca sambil pandang kawan-kawan…terus huru-hara…rasa sedih bila orang boleh buat tapi kita tak boleh… kadang-kadang rasa nak pindah sekolah…nak mulakan hidup baru…

Leave A Reply