Cleaner merujuk kepada pekerjaan yang melibatkan pembersihan dan penyenggaraan persekitaran di pelbagai lokasi seperti pejabat, rumah, hotel, hospital, dan tempat awam. Pekerjaan ini memainkan peranan penting dalam memastikan kebersihan dan keceriaan premis untuk keselesaan pengguna.
Di Malaysia, gaji seorang cleaner berada dalam lingkungan RM1,200 hingga RM2,500 sebulan, bergantung pada majikan, lokasi, dan pengalaman kerja. Antara tugas utama seorang cleaner termasuk menyapu dan memop lantai, membersihkan tandas, mengelap permukaan, membuang sampah, menyusun perabot, serta mengendalikan peralatan pembersihan.
Pendapatan Cleaner di Malaysia
Berapa Gaji Cleaner?
Gaji cleaner di Malaysia secara umumnya bergantung pada beberapa faktor seperti lokasi kerja, pengalaman, dan majikan. Secara purata, gaji permulaan bagi seorang cleaner adalah sekitar RM1,200 hingga RM2,500 sebulan. Walau bagaimanapun, cleaner yang lebih berpengalaman atau bekerja di syarikat besar boleh memperoleh gaji sehingga RM3,000 sebulan atau lebih.
Berapa Gaji Cleaner Pejabat (Office)?
Gaji cleaner pejabat sepenuh masa adalah di antara RM1,200 hingga RM1,800 sebulan, bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi, saiz syarikat, dan pengalaman individu. Walau bagaimanapun, gaji mungkin lebih tinggi di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur atau bagi individu yang mempunyai pengalaman kerja yang lebih lama dalam industri ini.
Berapa Gaji Cleaner Part Time?
Gaji cleaner sambilan (part-time) biasanya dikira berdasarkan kadar jam. Kadar ini mungkin berbeza-beza bergantung pada majikan dan lokasi, tetapi secara umumnya, ia berada dalam lingkungan RM5 hingga RM8 sejam. Oleh itu, gaji bulanan sebenar seorang cleaner sambilan akan bergantung pada bilangan jam yang dikerjakannya dalam sebulan.
Berapa Gaji Cleaner Full Time?
Gaji purata cleaner sepenuh masa (full-time) di Malaysia adalah antara RM1,200 hingga RM2,500 sebulan. Ini bersamaan dengan kira-kira RM7 hingga RM10 sejam, berdasarkan waktu bekerja standard 40 jam seminggu. Namun, gaji sebenar mungkin berbeza berdasarkan faktor-faktor seperti pengalaman, kemahiran, dan prestasi kerja individu.
Apa Tugas / Skop Kerja Cleaner?
Tugas utama cleaner meliputi membersihkan lantai, menjaga kebersihan tandas, membersihkan habuk dan mengemaskan ruang, mengosongkan tong sampah, serta mengendalikan bahan dan peralatan pembersihan dengan betul demi mengekalkan persekitaran yang bersih, sihat, dan selamat. Berikut ialah maklumat lanjut berkenaan 5 tugas utama cleaner:
1. Membersihkan Lantai
Cleaner bertanggungjawab untuk membersihkan lantai dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti menyapu, memop, dan memvakum mengikut jenis permukaan lantai. Mereka perlu memastikan lantai sentiasa bersih, kering, dan bebas daripada sebarang kotoran atau habuk untuk mengekalkan persekitaran yang sihat dan selamat.
2. Menjaga Kebersihan Tandas
Tugas penting cleaner adalah menjaga kebersihan tandas. Ini melibatkan kerja-kerja pembersihann tandas seperti berikut:
- Mencuci dan menyanitasi mangkuk tandas, sinki, dan permukaan lain
- Mengisi semula bekalan seperti tisu tandas, sabun, dan tuala kertas
- Memastikan tandas bebas daripada sebarang kotoran dan bau tidak menyenangkan
3. Membersihkan Habuk dan Kekemasan
Cleaner perlu membersihkan habuk dan mengemaskan ruang kerja, perabot, dan peralatan pejabat secara berkala. Mereka menggunakan kain lap, berus, dan alat pembersih lain untuk mengekalkan persekitaran yang bersih dan teratur. Ini termasuk menyusun atur barang-barang dan memastikan setiap item berada di tempat yang sepatutnya.
4. Mengosongkan Tong Sampah
Cleaner bertanggungjawab untuk mengosongkan tong sampah secara berkala sepanjang hari. Mereka mengumpulkan sampah dari setiap ruangan, mengikatnya dalam beg sampah, dan melupuskannya dengan cara yang betul. Ini membantu mengekalkan persekitaran yang bersih dan mengelakkan pengumpulan bau busuk.
5. Mengendalikan Bahan dan Peralatan Pembersihan
Cleaner perlu mengendalikan pelbagai bahan dan peralatan pembersihan dengan betul dan selamat. Mereka perlu melakukan dan mengendalikan perkara-perkara berikut:
- Memahami penggunaan dan langkah keselamatan setiap produk pembersih
- Menyimpan bahan kimia dan peralatan dengan cara yang teratur dan selamat
- Memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan memaklumkan kepada penyelia sekiranya perlu ditambah
Apa Kelebihan dan Kekurangan Bekerja Sebagai Cleaner?
Kelebihan bekerja sebagai cleaner adalah peluang pekerjaan yang sentiasa ada kerana kebersihan merupakan keperluan asas di kebanyakan tempat seperti pejabat, sekolah, hospital dan kawasan kediaman. Kelayakan akademik yang minimum diperlukan untuk menjadi seorang cleaner, menjadikan ia satu pilihan kerjaya yang sesuai untuk mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah.
Kerja pembersihan juga menawarkan jadual yang fleksibel, di mana cleaner boleh memilih untuk bekerja pada siang hari, malam atau hujung minggu mengikut kesesuaian masing-masing. Selain itu, kerja pembersihan memberikan kepuasan apabila melihat persekitaran yang bersih dan kemas teratur hasil usaha gigih mereka.
Kekurangan bekerja sebagai cleaner pula adalah gaji yang agak rendah berbanding kebanyakan pekerjaan lain. Kerja pembersihan juga seringkali dianggap sebagai kerja yang kurang prestij dan tidak dihargai oleh sesetengah pihak walaupun ia merupakan satu pekerjaan yang penting. Cleaner terpaksa melakukan kerja-kerja yang kotor, berat dan berulang-ulang seperti membuang sampah, menyapu dan mengemop lantai serta membersihkan tandas, yang mungkin memenatkan dan membosankan bagi sesetengah individu.
Selain itu, cleaner juga terdedah kepada risiko kesihatan seperti masalah kulit dan pernafasan disebabkan pendedahan berterusan kepada bahan kimia pembersihan. Mereka juga berisiko untuk mengalami kecederaan fizikal seperti sakit belakang atau terpelecok semasa melakukan kerja-kerja pembersihan.
Berapa Kadar Harga Servis Cleaning Di Malaysia?
Kadar harga servis pembersihan (cleaning) di Malaysia adalah di antara RM0.10 hingga RM0.80 sekaki persegi, bergantung jenis perkhidmatan yang diperlukan, saiz premis, dan kekerapan pembersihan.
Sebagai contoh, untuk pejabat seluas 1,000 kaki persegi yang memerlukan pembersihan dua kali seminggu, kos bulanan mungkin berada dalam lingkungan RM400 hingga RM1,600. Walau bagaimanapun, kadar ini hanyalah anggaran dan harga sebenar mungkin berbeza berdasarkan rundingan dengan syarikat pembersihan dan keperluan khusus pelanggan.
Share Your Salary Anonymously
Help create salary transparency by sharing your information. We respect your privacy and do not collect any personal details. Your contribution helps others in the industry make informed career decisions.