Kerja kami kadang-kadang memerlukan melihat resume dari ramai calon. Ada yang fresh graduate, ada yang ada pengalaman. Mohon izin saya kongsikan antara resume fresh graduate yang saya suka, dan selalunya saya panggil untuk ditemuduga. Perkongsian ini adalah untuk menunjukkan contoh resume lepasan SPM yang terbaik. Kami suka kerana ia ringkas dan simple.

Langkau artikel ini untuk terus dapatkan maklumat mengenai kerja gaji besar tanpa SPM, iaitu tanpa sijil dan kelulusan.

Contoh resume lepasan SPM

Nasib kita tak semestinya sama. Bagi yang cuma ada SPM, jangan rasa rendah diri.

Boleh juga mohon mana-mana tempat yang menawarkan kerja untuk lepasan SPM.

Yang penting, tidak perlu letakkan berapa A yang kita dapat dalam UPSR, PT3 (atau PMR) dan juga SPM.

Cukup sekadar meletakkan yang kita lulus.

Jika tidak lulus sekalipun, tak perlu letak dalam resume.

 

Resume untuk lepasan STPM

Contoh resume terbaik lepasan STPM ini tidak banyak beza dengan lepasan SPM.

Majikan selalunya tak tengok apa kelulusan kita. Yang penting apa yang kita boleh buat.

Tak perlu masukkan mata pelajaran yang kita ambil semasa STPM. Cukup sekadar apa pencapain kita.

Bonus: Resume untuk yang sudah kerja (yang memang ada pengalaman kerja)

Bagi yang sudah ada pengalaman kerja, mungkin boleh demand sedikit. Jika perlu, boleh juga letakkan gaji yang dipinta, supaya orang yang mahu ambil kita kerja tahu berapa yang kita mahu.

Kadang-kadang, bila minta gaji tinggi, ia tidak sama dengan bajet syarikat.

Ini hanya sekadar contoh resume. Anda perlu pandai-pandai ubah ikut kesesuaian.

 

Contoh resume terbaik untuk fresh graduate

Jika fresh graduate, tentu sekali tidak ada pengalaman kerja.

Namun jangan lupa letakkan pengalaman walaupun cuma praktikal atau intern di mana-mana syarikat.

 

Power tips

Seperkara lagi, design juga memainkan peranan yang penting.

Sekali pandang, majikan tertawan. Setiap hari, orang HR akan menghadap beratus-ratus, malahan ada yang sampai beribu-ribu permohonan setiap hari.

Kalau contoh resume terbaik sudah ada, ikut sahaja design itu. Contoh resume terbaik ini hanyalah panduan semata-mata. Anda perlu kreatif agar nampak lebih menonjol.

Sila gunakan template yang sedia ada di Internet seperti Canva.com yang menawarkan banyak template percuma. Sejujurnya, cara buat resume online juga lebih mudah dengan Canva.
Jangan gunakan Microsoft Word kerana ia sangat membosankan. Sesuai untuk orang-orang lama, dan bukan untuk orang-orang generasi baru.

Akhir kalam

Tak kiralah anda cari kerja, sebagai lepasan SPM, lepasan STPM atau fresh graduate sekalipun, jangan pandang remeh tentang resume. Majikan sebenarnya peduli dan mahu semua informasi penting diletakkan dalam resume. Ikuti sahaja contoh resume terbaik yang kami kongsikan ini.

Jika tidak biasa dengan cara buat resume online dengan Canva, boleh baca cara buat resume guna Microsoft Word.

Semoga bermanfaat dan cepat dapat kerja untuk bantu mak ayah.

Share Your Salary Anonymously

Help create salary transparency by sharing your information. We respect your privacy and do not collect any personal details. Your contribution helps others in the industry make informed career decisions.

My writing covers job-related topics, from boosting office productivity to salary negotiations. I have a keen interest in workplace dynamics and enjoy exploring and comparing job markets across various industries. My goal is to help both employers and job seekers make informed decisions in their professional journeys.

1 Comment

  1. Kalau kelayakan diploma, nak minta kerja kelayakan spm resume dia macam mana…kelayakan dan pengalaman selain spm kena keluarkan dari resume kah?

Leave A Reply