Kadang-kadang, bukan kita tidak mahu pergi kerja. Cuma ada sebab tersendiri dan bersifat peribadi. Walau bagaimanapun, jika tidak hadir kerja, perlulah bertanggungjawab. Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab yang menunjukkan kebertanggungjawaban anda.

Langkau artikel ini untuk dapatkan format surat berhenti kerja dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Format rasmi

Kami kongsikan format surat tunjuk sebab di bawah ini dalam format rasmi. Whatsapp atau SMS tidak tergunapakai.

Anda mestilah cetak surat ini dan tandatangan. Jika tidak, email pun boleh.

Surat penjelasan tunjuk sebab ini sangat penting agar kita tidak dikenakan tindakan tata tertib. Lebih teruk lagi, dibuang kerja.

Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja. Pastikan alasan kukuh, supaya boss boleh terima.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  KERJA

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya <Nama Pekerja> tidak dapat hadir kerja pada <Tarikh tidak datang kerja>.

  1. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana <Sebab tidak datang kerja>. <Contohnya, saya tidak dapat hadir kerana mengalami migrain yang berpanjangan. Saya kepilkan sekali surat pelepasan doktor, dengan MC dari <Nama klinik>.
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>

 

Format surat tunjuk sebab lewat hadir kerja

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab lewat hadir kerja yang boleh digunakan.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR  KERJA

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya <Nama Pekerja> lewat hadir kerja pada <Tarikh tidak datang kerja>.

  1. Sebab kelewatan saya ialah kerana <Sebab lewat datang kerja>. <Contohnya, saya lewat hadir kerja kerana menghantar anak saya ke klinik terlebih dahulu. Anak saya mengalami demam panas yang teruk. Anak saya juga muntah-muntah.>
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya kelewatan saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika lewat datang kerja pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>

 

Format surat tunjuk sebab kesalahan tata tertib

Mungkin anda bukan jenis datang lewat, atau tidak hadir kerja langsung. Tapi, ada kesalahan tata tertib yang anda sahaja tahu.

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab kesalahan tata tertib dengan format yang anda boleh guna.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KESALAHAN TATA TERTIB

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya <Nama Pekerja> telah melakukan kesalahan <ringkasan  kesalahan anda> pada <tarikh buat kesalahan tata tertib>.

  1. Perkara itu terjadi kerana <jelaskan kesalahan anda>
  2. Saya memohon maaf sekiranya kesalahan saya ini mengganggu urusan pejabat.
  3. Saya juga berharap agar kesalahan ini tidak memburukkan reputasi jabatan / syarikat.
  4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>

 

Tidak hadir kursus

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kursus. Biasanya, kursus berlangsung beberapa hari, dan bukannya sehari. Pastikan alasan itu masuk akal untuk menyatakan kenapa tidak hadir kursus.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  KURSUS

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya <Nama Pekerja> tidak dapat hadir ke <Nama kursus>pada <Tarikh tidak datang kursus, tarikh sekian-sekian> yang bertempat di <Lokasi kursus berlangsung>.

  1. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana <Sebab tidak datang kursus>. <Contohnya, saya tidak dapat hadir kursus kerana anak saya kurang sihat, dan tiada siapa dapat menjaganya. Saya bimbang dengan tahap kesihatan anak saya, yang pada masa itu masih belum pulih sepenuhnya.>
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>

 

Tidak hadir mesyuarat

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir mesyuarat. Walaupun cuma tidak datang ke mesyuarat, tulis alasan yang logik dan masuk akal. Bukan main asal tulis.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  MESYUARAT

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya <Nama Pekerja> tidak dapat hadir ke <Nama mesyuarat> pada <Tarikh tidak datang mesyuarat> di <Tempat mesyuarat>.

  1. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana <Sebab tidak datang mesyuarat>. <Contohnya, saya tidak dapat hadir kerana mengalami cirit birit di rumah. Namun, tidak pergi ke klinik dan tidak mendapat surat pelepasan doktor>.
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>

Contoh show cause letter dari majikan

Surat tunjuk sebab dalam Bahasa Inggeris dipanggil show cause letter.

Namun, bagaimanakah contoh show cause letter itu?

Pertama sekali, contoh show cause letter boleh dilihat seperti apa yang ada di Pusat Sumber Manusia Kebangsaan di sini. Jika anda yang sedang membaca ini ialah majikan atau HR, boleh gunakan template yang diberikan.

Yang kedua, jika anda ialah seorang pekerja yang menerima surat ini, bagaimana mahu reply?

Mudah sahaja. Boleh rujuk contoh dan penjelasan yang mudah difahami dari Maukerja di sini. Ikut format surat rasmi seperti contoh-contoh di atas.

 

Akhir kalam

Harus diingatkan, jangan suka-suka tidak hadir kerja bagaikan syarikat itu bapa kita punya. Kesalahan kerja dan kesalahan tata tertib yang kita lakukan, perlukan penjelasan kepada pihak pengurusan.

Ini bukanlah untuk menyusahkan. Sebaliknya, lebih kepada akur kepada undang-undang.

Semoga kita semua murah rezeki dan dipermudahkan dalam urusan pekerjaan.

Semoga bermanfaat.

Share Your Salary Anonymously

Help create salary transparency by sharing your information. We respect your privacy and do not collect any personal details. Your contribution helps others in the industry make informed career decisions.

My writing covers job-related topics, from boosting office productivity to salary negotiations. I have a keen interest in workplace dynamics and enjoy exploring and comparing job markets across various industries. My goal is to help both employers and job seekers make informed decisions in their professional journeys.

1 Comment

Leave A Reply