Internet semakin murah. Pakej data juga tidaklah semahal dulu. Semakin ramai yang buat kerja sambilan di rumah. Kenapa tidak kita?
Semua Orang Ada Komputer
Kemajuan teknologi yang pesat dan canggih terutamanya perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi membolehkan kerja sambilan di rumah tanpa modal yang suatu ketika dahulu hanyalah angan-angan kosong, kini menjadi kenyataan.
Manusia dari serata dunia kini boleh berinteraksi di antara satu sama lain dengan mudah melalui Internet di mana ia membuka peluang besar bagi mereka yang ingin mencari kerja atau menceburi perniagaan online dari rumah tanpa mengeluarkan sebarang modal.
Kerja Part Time di Rumah Tanpa Modal? Boleh Percaya ke?
Tepuk dada, tanya selera. Kalau ramai orang lain boleh buat, kenapa tidak kita?
Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan tentang beberapa jenis kerja online dari rumah tanpa modal yang boleh anda ceburi: –
Kerja Part Time 1: Jadi Freelance
Freelancer atau pekerja bebas adalah istilah yang biasa digunakan bagi menggambarkan seseorang yang bekerja sendiri dan tidak terikat kepada majikan tertentu dalam tempoh jangkamasa yang panjang.
Ia merupakan pilihan utama bagi mereka yang ingin bekerja secara online kerana dewasa ini, terdapat pelbagai jenis platfom yang menawarkan transaksi di antara penjual (freelancer) dan pelanggan (client) dengan selamat di mana freelancer tidak perlu mengeluarkan modal untuk memasarkan perkhidmatannya.
Melalui platfom tersebut, freelancer boleh menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma dan pihak pentadbir platfom akan melakukan pemasaran bagi mencari pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut. Sebagai balasannya, pihak pentadbir platfom akan mengambil sebahagian daripada keuntungan bagi setiap transaksi di antara freelancer dan client.
Untuk menjadi seorang freelancer, anda perlu mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang di mana perkhidmatan tersebut diperlukan oleh pelanggan. Antara kemahiran yang popular adalah seperti: –
- Menulis artikel
- Memasukkan data (data entry)
- Pembantu alam maya (virtual assistant)
- Menterjemah bahasa
- Membina laman web
- Menghasilkan rekabentuk (design)
- Menyunting video
- Menulis resume
- Menghasilkan plan perniagaan
- …dan bermacam-macam lagi
Mungkin anda merasakan bahawa kemahiran di atas adalah sukar dipelajari tetapi hakikat yang sebenarnya adalah ianya tidaklah begitu sukar kerana anda boleh mempelajari kemahiran tersebut melalui laman web tutorial atau YouTube. Petua memilih jenis kemahiran yang ingin dipelajari adalah dengan berdasarkan minat anda kerana ia memudahkan proses pembelajaran anda.
Setelah anda mempelajari serba-sedikit kemahiran yang diperlukan untuk menawarkan perkhidmatan, anda boleh mendaftar melalui platfom berikut: –
- Upwork
- Fiverr
- Elance
- Toptal
- Freelancer
- Guru
- Peopleperhour
- 99designs
- Freelance Writing Gigs
- College Recruiter
- Demand Media
- GetACoder
- Project4hire
- iFreelance
- SimplyHired
Menjadi seorang freelancer membolehkan anda mempelajari teknik bagaimana untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan membina kredibiti alam maya anda di mana ia mungkin berguna apabila anda ingin membina perniagaan atau mencari kerja pada masa akan datang.
Kerja Part Time 2: Sertai Program Kaji Selidik (Surveys) Berbayar
Menyertai program kaji selidik berbayar adalah antara kerja part time online yang paling popular sejak sekian lama kerana ia tida memerlukan sebarang kemahiran. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan bayaran secara tunai untuk melengkapkan kaji selidik manakala sesetengah yang lain membayar melalui hamper hadiah, baucer, kupon dan sebagainya.
Walaupun terdapat banyak syarikat yang menawarkan program kaji selidik, bukan semuanya boleh dipercayai kerana terdapat banyak kes di mana para peserta tidak dibayar setelah melengkapkan kaji selidik ataupun hanya menerima sebahagian daripada jumlah bayaran yang dijanjikan.
Di antara program yang popular dan lama bertapak adalah ClixSense di mana ia mengumpulkan pelbagai jenis syarikat dari serata dunia di bawah satu bumbung untuk memudahkan peserta yang berkelayakan untuk menyertai mana-mana kaji selidik.
Di samping itu, terdapat pelbagai kaedah lain untuk anda menjana pendapatan melalui ClixSense. Ini termasuklah pekerjaan mikro dari CrowdFlower dan program tajaan. Jumlah pengeluaran minimum di ClixSense adalah lebih rendah berbanding laman web lain iaitu $8. Oleh itu, anda tidak perlu menunggu lama untuk mengeluarkan pendapatan anda.
Namun begitu, kebanyakan tawaran kerja kaji selidik atas talian hanyalah untuk penduduk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, dan negara-negara Eropah berbanding penduduk Malaysia kerana rata-rata syarikat yang menyertai program ini adalah dari negara tersebut.
Anda boleh mencuba program kaji selidik lain yang mensasarkan rakyat Malaysia seperti berikut: –
- mysurvey
- panelplace
- triaba
- valuedopinions
Adalah disarankan supaya anda melakukan penyelidikan terlebih dahulu untuk memastikan kesahihan program di atas kerana ianya tidak mempunyai reputasi seperti ClixSense.
Kerja Part Time 3: Jadi Blogger
Selama lebih dua dekad, ramai individu telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan melalui blog mereka. Anda mungkin pernah mendengar nama-nama blogger tempatan yang cukup terkenal.
Pemilihan topik hendaklah berdasarkan minat dan topik kegemaran anda kerana sekiranya motif anda hanyalah semata-mata untuk menjana pendapatan, maka anda mungkin akan hilang minat dan berputus asa di tengah jalan di mana pengendalian blog memerlukan komitmen yang berterusan. Para pembaca juga dapat mengenalpasti isi kandungan blog yang berkualiti ataupun hanya ditulis semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Antara contoh-contoh topik blog terdiri daripada: –
- Makanan
- Fesyen
- Pelancongan
- Berita semasa
- Sukan
- Kehidupan Peribadi
- Hiburan
- …dan bermacam-macam lagi
Platform blog yang paling popular adalah Blogger yang dimiliki oleh Google di mana ianya 100% percuma. Terdapat beberapa platform lain seperti WordPress, Tumblr, Medium, Ghost dan sebagainya.
Macam Mana Nak Buat Duit?
Kaedah menjana pendapatan melalui blog boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti berikut: –
a.Iklan pay-per-click – pendapatan dijana apabila pelawat blog anda mengklik dan melayari laman web pengiklan melalui iklan pay-per-klik yang terpapar di blog anda. Contohnya: program Google Adsense.
b. Pemasaran affilate – apabila pelawat blog anda membeli produk / perkhidmatan yang ditawarkan melalui iklan atau pautan (link) dengan ID unik affiliate anda, maka anda akan menerima komisyen. Contohnya: program Amazon Associates, Lazada Affilate Marketing Program, Zalora Affiliate Program dan sebagainya.
c. Syarikat pengiklanan – dalam program ini, anda akan bekerjasama dengan syarikat pengiklanan secara ekslusif di mana pihak syarikat akan mencari pengiklan yang sesuai dengan tema blog anda. Contohnya: Nuffnang, Gushcloud, Innity dan sebagainya.
d. Pengiklan persendirian – sekiranya blog anda mempunyai banyak pelawat setiap bulan, anda boleh terus mencari pengiklan persendirian di mana anda tidak perlu berkongsi keuntungan seperti melalui syarikat pengiklanan.
Kerja Part Time Mana Yang Paling Senang, Tapi Masyuk?
Tak ada istilah masyuk dalam kerja part time. Kita semua dibayar atas peluh dan keringat yang keluar. Walaupun duduk dalam aircond, dan peluh tidak keluar banyak mana, tetap guna otak untuk melakukan kerja.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa semua kerja part time di rumah memerlukan masa untuk anda benar-benar boleh menjana pendapatan yang lumayan. Oleh itu, dinasihatkan supaya anda tidak bergantung kepada satu saluran kerja online dari rumah tanpa modal sahaja.
Sekiranya ada kesempatan, di dalam artikel yang seterusnya kami akan berkongsi beberapa lagi kaedah kerja part time online supaya anda mempunyai lebih banyak pilihan.
Jika anda pernah kerja part time di rumah sebelum ini, kongsikan pengalaman di ruangan komen di bawah.
Share Your Salary Anonymously
Help create salary transparency by sharing your information. We respect your privacy and do not collect any personal details. Your contribution helps others in the industry make informed career decisions.