Suri rumah tangga yang sedang baca ini, jangan melenting. Kami akan keluarkan juga kupasan tentang kenapa wanita tidak perlu bekerja.
Hasil observasi kami, ini adalah antara alasan kenapa wanita perlu bekerja. Bukan kami suka-suka reka sendiri alasan ini, tetapi ia hasil pengamatan dan penelitian, rata-rata dari komen-komen oleh wanita sendiri.
Kenapa wanita perlu bekerja?
Apakah yang ada di sebalik pemikiran wanita, dan apakah yang wanita takut sangat bila tidak bekerja? Perlukah menjadi wanita berkerjaya, walaupun bergelar ibu?
1. Wanita perlu bekerja, sebab takut kena cerai
Alasan paling cliche sekali. Sebab utama dia bekerja ialah untuk kumpul duit sendiri. Takut suami curang dan ceraikan dia. Entahlah, tapi inilah jawapan paling popular sekali.
Laporan dari Utusan pada tahun 2016, negeri paling ramai mencatat kes perceraian ialah Selangor, Sabah dan diikuti oleh Johor.
Bila difikirkan kembali, sekadar lontaran buat anak dara atau perempuan bujang di luar sana, kalau belum kahwin lagi, dah fikir untuk bercerai, buat apa kahwin?
2. Wanita perlu bekerja, sebab takut suami curang
Bila suami curang, dia takut suami akan beri lebih perhatian pada perempuan yang satu lagi sehingga susah untuk tidur malam memikirkan perkara ini.
Sudah tentu, bila suami beri perhatian dari perempuan lain itu, dirinya akan terabai.
Takut tak ada duit sendiri, kerana dia tahu suami akan laburkan duit untuk perempuan lain.
3. Takut anak-anak terabai
Keluarga terabai, anak-anak terabai. Sama seperti dua point di atas, bila suami abaikan keluarga, maka dialah kena berhempas-pulas bekerja untuk keluarga.
Nak harapkan suami sangat? Mungkin tidak boleh harap sangat.
Dan terdetik dalam hati, teruk sangatkah para suami di Malaysia dan Nusantara ini?
4. Takut tak pandai berdikari
Bila selesa sangat duduk rumah, asyik uruskan rumah tangga dan anak-anak, bimbang tidak pandai berdikari. Semuanya perlu tunggu suami.
Ramai wanita takut bila sampai tahap ini, kebergantungan hanyalah 100% pada suami. Jika berlaku apa-apa, susah juga.
Jika betul-betul ditinggalkan suami nanti, kalau tak pandai bercampur-gaul dan tak pandai bekerja, macam mana?
5. Wanita perlu bekerja sebab boleh bantu suami
Ini jawapan yang tidak beremosi.
Benar, kalau pendapatan suami tidak seberapa, ada baiknya si isteri tolong tambah-tambah sedikit untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Namun, suami jangan main lepas tangan tidak mahu bayar itu ini. Nafkah tetap kena beri.
6. Ingin simpan duit sendiri
Tak perlu nak tunggu duit nafkah suami.
Bila ada duit sendiri, boleh beli macam-macam yang terlintas di hati. Godaan Lazada dan Shopee semakin menjadi-jadi.
Lagi satu, takut anak-anak nampak selekeh sebab tak boleh beli baju cantik dan berkualiti.
7. Wanita perlu bekerja sebab boleh lari dari kebosanan
Ada yang kata, bila duduk rumah, pemikiran jadi jumud. Otak jadi beku, sebab tidak bercampur dengan orang lain. Asyik-asyik fikir tentang nak sapu dan mop lantai. Sidai baju. Siang ikan. Masak.
Penat.
Atas alasan ini, ada wanita yang sanggup pergi kerja kerana tidak tahan sunyi.
Namun, apakah harga yang perlu dibayar? Anak-anak perlu hantar ke nursery.
Semoga anak yang kita hantar ke rumah pengasuh atau nursery, sentiasa dilindungi Allah.
8. Balik-balik, ada 2 sebab sahaja
Jika diteliti semula, pusing-pusing, alasannya tetap sama.
1) Wanita perlu bekerja sebab takut ditinggalkan suami.
Point kenapa wanita perlu bekerja sebab ingin bantu suami, itu adalah jawapan ‘camouflage‘. Sekadar untuk mengaburi pihak lawan.
2) Wanita kuat untuk anak-anak.
Tidak ada perkara lain. Semua pengorbanan adalah untuk anak-anak. Ada juga yang sanggup berhenti kerja untuk jaga anak-anak. Sebab itu penamaan KWSP pun diletakkan atas nama anak-anak, bukan nama suami.
Jangan ambil hati, semua di atas cuma pendapat peribadi.
Akhir kalam
Negatif sungguh pemikiran di atas bukan?
Jangan kata ia tidak logik. Jawapan dan alasan ini datang dari mulut wanita sendiri. Selalu kita dengar, wanita perlu berdikari. Wanita perlu dilindungi. Bunyinya, semacam wanita tidak boleh berdiri sendiri.
Tidak boleh dari realiti, wanita sentiasa dan perlukan lelaki disamping dirinya.
Tentu sekali, wanita bekerja telah melaksanakan satu tanggungjawab yang besar.
Tukarlah pemikiran dan perspektif, wanita bekerja untuk Allah. Bukan untuk makhluk.
Semoga bermanfaat.
Share Your Salary Anonymously
Help create salary transparency by sharing your information. We respect your privacy and do not collect any personal details. Your contribution helps others in the industry make informed career decisions.