Salam sejahtera kepada para pencari kerja, para lepasan universiti dan para pekerja yang ingin tahu cara buat resume kerja sebaik mungkin. Resume secara ringkasnya adalah satu dokumen yang menyimpulkan pengalaman, pendidikan dan latar belakang anda. Walau bagaimanapun, bagaimana ara buat resume kerja guna Microsoft Word?
KEMASKINI RESUME
Ada yang memiliki satu saja resume dan dikemaskini saban tahun, dan ada juga individu yang lebih gemar ‘menyesuaikan’ resume bagi setiap syarikat dan jawatan yang akan dipohon.
Pengalaman dan latar belakang akan cuba dikaitkan dengan deskripsi tugas yang diiklankan.
Cara membuat resume menggunakan Microsoft Word
Secara peribadi, resume yang disesuaikan adalah lebih menarik dan menunjukkan anda sebagai seorang individu yang teliti dalam membuat kerja dan meneliti iklan kerja tersebut.
Secara ringkasnya Microsoft Word memiliki beberapa ciri yang membuatkan ia sesuai sebagai medium untuk menyediakan dokumen resume ini. Antaranya adalah;
- Dimiliki kebanyakan komputer, mudah diakses dan dikemaskini
- Boleh menukar format .doc kepada .pdf (kemas dan data sukar disalahguna)
- ‘Table’ atau jadual yang garisannya boleh disembunyikan supaya susunan ayat didalam setiap baris jadual tersebut kelihatan kemas
- Tulisan tebal (bold) sebagai tajuk seperti Pengalaman atau Pendidikan
- Poin bernombor (numbered list) atau tanpa nombor (bullet list) sebagai turutan isi
Kebanyakan syarikat menerima berpuluh malah beratus-ratus resume melalui laman sesawang, mel elektronik dan juga melalui surat.
Oleh itu, amat penting memiliki resume yang ringkas, maklumat jelas dan menarik di mata majikan.
Menarik bermakna anda memiliki pengalaman/kesungguhan yang amat diperlukan bagi jawatan yang diiklankan.
Kadangkala walau tidak memiliki keputusan pelajaran / pendidikan atau pengalaman kerja yang baik, anda boleh memasukkan ‘Pencapaian’ dimana anda boleh menunjukkan usaha anda memajukan diri sendiri ataupun pencapaian orang lain yang dibantu oleh anda.
Penting juga anda meletakkan sekurang-kurangnya dua orang sebagai rujukan kepada bakal majikan. Pastikan orang rujukan tersebut memiliki pekerjaan/pendidikan yang stabil dan boleh dipercayai.
Struktur resume menggunakan Microsoft Word
Berikut adalah cadangan stuktur asas bagi cara buat resume kerja yang mantap;
- Maklumat peribadi
- nama penuh, alamat, no tel dan emel
- Pastikan alamat emel menunjukkan kematangan anda
- Pendidikan
- Nama sekolah menengah, kolej/universiti dan seterusnya
- Keputusan peperiksaan penting seperti SPM dan GPA akhir universiti
- Pengalaman Kerja
- kerja dan kemahiran samada bersama keluarga/rakan/praktikal/sukarela
- Jawatan & deskripsi tugas yang ringkas dan padat
- Pencapaian
- lima pertandingan/sijil/kursus yang terbaik pernah dihadiri
- Maklumat Tambahan
- gaji kini, gaji dipohon, kenderaan/lesen dimiliki, tarikh boleh mula bekerja / tempoh notis berhenti syarikat kini
- Rujukan & nombor telefon mereka
Anda boleh cari ‘template’ resume melalui laman sesawang, yang memiliki rekaan yang elegan dan menarik.
Cara buat resume kerja yang terbaik adalah yang ringkas, jenis tulisan mudah dibaca, maklumat jelas, dan tiada kesalahan ejaan.
Sebaiknya cuba pastikan resume anda kurang dari tiga helai kertas demi mengelakkan terlalu banyak maklumat dan membuatkan bakal majikan meluat dan mengenepikan resume anda.
Cara lain yang unik dan boleh dicuba adalah dengan membuat resume menggunakan powerpoint.
Masukkan stuktur asas yang sama, dengan satu ‘slide’ untuk setiap satu bahagian bagi Maklumat Peribadi, Pendidikan, Pengalaman Kerja, Pencapaian, Maklumat Tambahan dan akhir sekali Rujukan.
Namun begitu, caranya agak berbeza sekirannya anda perlu melakukan pembentangan resume anda. Cuba kurangkan perkataan bagi setiap ‘slide’ hingga kurang dari 15 patah perkataan.
Selebihnya? Gunakan skil bertutur dan gerak tubuh anda untuk mempromosi diri sebaik mungkin.
Sekirannya anda perlu cetak resume melalui Powerpoint tersebut, anda boleh pilih di Print Settings, Print Layout ditukar sebagai Outline.
Ini supaya semua ayat anda adalah tersusun ringkas tanpa ada garisan petak ‘slide’ yang boleh mengelirukan turutan isi resume anda.
Download contoh resume template Microsoft Word
Ada sesiapa nak download contoh resume, iaitu template bagi cara buat resume kerja guna Microsoft Word?
Boleh terus ke laman web Microsoft untuk dapatkan template.
Akhir kalam
Sila gunakan artikel ini sebagai rujukan dan panduan cara buat resume kerja anda. Jangan keberatan untuk berkongsi bersama teman dan ahli keluarga kerana semoga ilmu percuma yang dikongsi ini akan mendatangkan manfaat.
Jika anda kurang selesa dengan Microsoft Word, boleh ikuti cara buat resume online yang kami pernah kongsikan dulu.
Semoga bermanfaat.