Internet semakin murah. Pakej data juga tidaklah semahal dulu. Jadi, semakin ramai orang yang mencari kerja kosong part time di rumah, secara online sahaja.
Semua Orang Ada Komputer
Kemajuan teknologi yang pesat dan canggih terutamanya perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi membolehkan kerja sambilan di rumah yang diiktiraf tanpa modal yang suatu ketika dahulu hanyalah angan-angan kosong, kini menjadi kenyataan.
Manusia dari serata dunia kini boleh berinteraksi di antara satu sama lain dengan mudah melalui Internet di mana ia membuka peluang besar bagi mereka yang ingin mencari kerja atau menceburi perniagaan online dari rumah tanpa mengeluarkan sebarang modal.
Kerja Kosong Part Time di Rumah? Boleh Percaya ke?
Tepuk dada, tanya selera. Kalau ramai orang lain boleh buat, kenapa tidak kita?
Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan tentang beberapa jenis kerja online dari rumah tanpa modal yang boleh anda ceburi: –
Kerja Kosong Part Time 1: Jadi Freelance
Freelancer atau pekerja bebas adalah istilah yang biasa digunakan bagi menggambarkan seseorang yang bekerja sendiri dan tidak terikat kepada majikan tertentu dalam tempoh jangkamasa yang panjang.
Ia merupakan pilihan utama bagi mereka yang ingin bekerja secara online kerana dewasa ini, terdapat pelbagai jenis platfom yang menawarkan transaksi di antara penjual (freelancer) dan pelanggan (client) dengan selamat di mana freelancer tidak perlu mengeluarkan modal untuk memasarkan perkhidmatannya.
Melalui platfom tersebut, freelancer boleh menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma dan pihak pentadbir platfom akan melakukan pemasaran bagi mencari pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut. Sebagai balasannya, pihak pentadbir platfom akan mengambil sebahagian daripada keuntungan bagi setiap transaksi di antara freelancer dan client.
Untuk menjadi seorang freelancer, anda perlu mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang di mana perkhidmatan tersebut diperlukan oleh pelanggan. Antara kemahiran yang popular adalah seperti: –
- Menulis artikel
- Memasukkan data (data entry)
- Pembantu alam maya (virtual assistant)
- Menterjemah bahasa
- Membina laman web
- Menghasilkan rekabentuk (design)
- Menyunting video
- Menulis resume
- Menghasilkan plan perniagaan
- …dan bermacam-macam lagi
Mungkin anda merasakan bahawa kemahiran di atas adalah sukar dipelajari tetapi hakikat yang sebenarnya adalah ianya tidaklah begitu sukar kerana anda boleh mempelajari kemahiran tersebut melalui laman web tutorial atau YouTube. Petua memilih jenis kemahiran yang ingin dipelajari adalah dengan berdasarkan minat anda kerana ia memudahkan proses pembelajaran anda.
Setelah anda mempelajari serba-sedikit kemahiran yang diperlukan untuk menawarkan perkhidmatan, anda boleh mendaftar melalui platfom berikut: –
- Upwork
- Fiverr
- Elance
- Toptal
- Freelancer
- Guru
- Peopleperhour
- 99designs
- Freelance Writing Gigs
- College Recruiter
- Demand Media
- GetACoder
- Project4hire
- iFreelance
- SimplyHired
Menjadi seorang freelancer membolehkan anda mempelajari teknik bagaimana untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan membina kredibiti alam maya anda di mana ia mungkin berguna apabila anda ingin membina perniagaan atau mencari kerja pada masa akan datang.
Kerja Kosong Part Time 2: Sertai Program Kaji Selidik (Surveys) Berbayar
Menyertai program kaji selidik berbayar adalah antara kerja part time online yang paling popular sejak sekian lama kerana ia tida memerlukan sebarang kemahiran. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan bayaran secara tunai untuk melengkapkan kaji selidik manakala sesetengah yang lain membayar melalui hamper hadiah, baucer, kupon dan sebagainya.
Walaupun terdapat banyak syarikat yang menawarkan program kaji selidik, bukan semuanya boleh dipercayai kerana terdapat banyak kes di mana para peserta tidak dibayar setelah melengkapkan kaji selidik ataupun hanya menerima sebahagian daripada jumlah bayaran yang dijanjikan.
Di antara program yang popular dan lama bertapak adalah ClixSense di mana ia mengumpulkan pelbagai jenis syarikat dari serata dunia di bawah satu bumbung untuk memudahkan peserta yang berkelayakan untuk menyertai mana-mana kaji selidik.
Di samping itu, terdapat pelbagai kaedah lain untuk anda menjana pendapatan melalui ClixSense. Ini termasuklah pekerjaan mikro dari CrowdFlower dan program tajaan. Jumlah pengeluaran minimum di ClixSense adalah lebih rendah berbanding laman web lain iaitu $8. Oleh itu, anda tidak perlu menunggu lama untuk mengeluarkan pendapatan anda.
Namun begitu, kebanyakan tawaran kerja kaji selidik atas talian hanyalah untuk penduduk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, dan negara-negara Eropah berbanding penduduk Malaysia kerana rata-rata syarikat yang menyertai program ini adalah dari negara tersebut.
Anda boleh mencuba program kaji selidik lain yang mensasarkan rakyat Malaysia seperti berikut: –
- mysurvey
- panelplace
- triaba
- valuedopinions
Adalah disarankan supaya anda melakukan penyelidikan terlebih dahulu untuk memastikan kesahihan program di atas kerana ianya tidak mempunyai reputasi seperti ClixSense.
Kerja Kosong Part Time 3: Jadi Blogger
Selama lebih dua dekad, ramai individu telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan melalui blog mereka. Anda mungkin pernah mendengar nama-nama blogger tempatan yang cukup terkenal.
Pemilihan topik hendaklah berdasarkan minat dan topik kegemaran anda kerana sekiranya motif anda hanyalah semata-mata untuk menjana pendapatan, maka anda mungkin akan hilang minat dan berputus asa di tengah jalan di mana pengendalian blog memerlukan komitmen yang berterusan. Para pembaca juga dapat mengenalpasti isi kandungan blog yang berkualiti ataupun hanya ditulis semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Antara contoh-contoh topik blog terdiri daripada: –
- Makanan
- Fesyen
- Pelancongan
- Berita semasa
- Sukan
- Kehidupan Peribadi
- Hiburan
- …dan bermacam-macam lagi
Platform blog yang paling popular adalah Blogger yang dimiliki oleh Google di mana ianya 100% percuma. Terdapat beberapa platform lain seperti WordPress, Tumblr, Medium, Ghost dan sebagainya.
Macam Mana Nak Buat Duit?
Kaedah menjana pendapatan melalui blog boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti berikut: –
a.Iklan pay-per-click – pendapatan dijana apabila pelawat blog anda mengklik dan melayari laman web pengiklan melalui iklan pay-per-klik yang terpapar di blog anda. Contohnya: program Google Adsense.
b. Pemasaran affilate – apabila pelawat blog anda membeli produk / perkhidmatan yang ditawarkan melalui iklan atau pautan (link) dengan ID unik affiliate anda, maka anda akan menerima komisyen. Contohnya: program Amazon Associates, Lazada Affilate Marketing Program, Zalora Affiliate Program dan sebagainya.
c. Syarikat pengiklanan – dalam program ini, anda akan bekerjasama dengan syarikat pengiklanan secara ekslusif di mana pihak syarikat akan mencari pengiklan yang sesuai dengan tema blog anda. Contohnya: Nuffnang, Gushcloud, Innity dan sebagainya.
d. Pengiklan persendirian – sekiranya blog anda mempunyai banyak pelawat setiap bulan, anda boleh terus mencari pengiklan persendirian di mana anda tidak perlu berkongsi keuntungan seperti melalui syarikat pengiklanan.
Kerja Part Time Mana Yang Paling Senang, Tapi Masyuk?
Tak ada istilah masyuk dalam kerja part time. Kita semua dibayar atas peluh dan keringat yang keluar. Walaupun duduk dalam aircond, dan peluh tidak keluar banyak mana, tetap guna otak untuk melakukan kerja.
Akhir kalam
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa semua kerja part time di rumah memerlukan masa untuk anda benar-benar boleh menjana pendapatan yang lumayan. Oleh itu, dinasihatkan supaya anda tidak bergantung kepada satu saluran kerja online dari rumah tanpa modal sahaja.
Sekiranya ada kesempatan, di dalam artikel yang seterusnya kami akan berkongsi beberapa lagi kaedah kerja part time online supaya anda mempunyai lebih banyak pilihan.
Jika anda pernah kerja part time di rumah sebelum ini, kongsikan pengalaman di ruangan komen di bawah.
Sebelum itu, memandangkan Internet itu penting untuk cari kerja kosong part time di rumah, dan untuk buat kerja-kerja yang ditugaskan, sila jalankan ujian TM Speedtest untuk melihat kelajuan Internet anda.
Semoga bermanfaat.
64 Comments
pekerja di rumah pada masa kini dikatakan sangat menarik minat ramai pihak kerana dunia kini dalam serangan covid-19 yang menyebabkan ramai masyarakat telah dibuang kerja dan tidak mempunyai kerja tetap dengan adanya kerja dalam the rohani telah menjadikan ini sebagai duit sambilan bagi mereka untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.
Salam tuan saya berminat untuk kerja sambilan di rumah..kalau ada bidang penulisan artikel atau content untuk internet …atau kerja sambilan online….bagaimana ingin memohon?
Harap tuan boleh email saya.terima kasih…
Sya mau kerjs
if ada kekosongan boleh contact saya melalui email. Thank you
klu ada kosong sya sedia nak kerja.
SAYA MAU KERJA
Assalamualaikum..Hye semua sy berminat nh kerja penulis .Sy dh lama minat dari umur sy 11 thun..skrg umur sy 16 tahun
Jika ada gelas yg kosong bolehlah sya menjadi isinya.
Saya mahu kerja
Sy berminat nk try kerja menulis tentang kehidupan
Saya berminat, hantar email ke saya
Saya berminat bole email saya
saya nak kerja buat blog boleh hantar email. ke sy
Saya berminat untuk bekerja dr rumah. Mohon reply
Saya berminat untuk bekerja dr rumah. Mohon reply
Sy nk cari keje part time.. Tpi xtaw cam mne.. Tolong
saya bermint untuk bekerja dari rumah
Sy nak buat krj online, tp tak tau mcm mna nak start.. Blh tolong??
Saya berminat …blh la sy bekerja skrang
Salam sejahtera, saya ingin mencari kerja ‘part-time’ sebagai ‘data entry’ yang boleh dilakukan di rumah.
Salam sejahtera, saya ingin mencari kerja ‘part-time’ sebagai ‘data entry’ yang boleh dilakukan di rumah. Mohon bantuan.
Saya berminat untuk berkerja dilakukan Di rumah
Sila email saya
Saya berminat untuk berkerja dari rumah
Sila email saya terima Kasih 🙏
Says berminat kerja Dari rumah..sila email saya terima kasih
Sy berminat utk bekerja dari rumah tlg email sy
Mahu kerja
Saya berminat untuk bekerja dari rumah pada waktu malam untuk menambah pendapatan.
Hi,
Kerja kosong untuk data entry dari rumah
Saya perlukan kerja yg boleh dilakukan dirumah terutamanya data entry . Sebelum ni. saya telah mencuba pelbagai jenis pekerjaan termasuk survey tp semuanya scammer. kalo ada boleh hubungi sya yer. Tq
Hai Ms Pija,
Dah cuba survey YSense? Utk bln Disember saya dah 2-3 kali dpt withdraw. Tu pon buat time waktu mlm je ikut mana sempat je. Alhamdulillah. Ada lagi satu survey kat company lain pon byk kali masuk sebab minimum withdraw USD1 je. Time2 sesak boleh pakai duit skit.
Boleh cuba, insyaallah:
Hi Hazel, boleh lagi ke
Hello miss.. Ysense boleh join lagi me?
boleh je
Hi ainisedi, boleh awak email ke gmel saya? nnt saya bg link.
Hai,
Saya perlukan kerja dari rumah terutamanya data entry
Hai,
Saya perlukan kerja dari
Rumah.
Hi,sy nak kerja Dari rumah,bolehke
hi semua, saya boleh buat kerja apa2 pun, call saya 0193565165. outstation boleh, over time pun saya boleh buat.
Saya mahu kerja malam online KLU ada boleh PM saya 0178131709
Saya surirumah memerlukan kerja parttime tanpa modal
Sy mahu cr prtime dirumah tanpa memerlukan modal
BLH BANTU SY,DAH 2 BLN SY X BLH BEKERJA AKIBAT KEMALANGAN.DISEBABKAN PATAH TULANG BAHU SY X BLH BEKERJA BERAT2.TERIMA KASIH.
Hai Sya Siti Fatimah Sya nk cari kerja bahagian buat video kerja sendiri dri rumah saya mohon rfly
Saya nak kerja online dari rumah tapi tak tahu macamana nak buat tolong giode saya
Hai assalamualaikum saya atie azah nk cr kja part time sblah malam sbb siang kna mengasuh ank2 buah…jdi klu ade kja yg bersesuaian sekitar bndar kuala terengganu tlg hub sy…01118749711…klu kja dr rumah pon blh.
Saya berminat freelance dan survey
saya berminat dengan data entry.. mohon bantuan.
SAYA BERMINAT BERKEJA PART TIME
saya berminat nk kerja part time yg menulis artilce or resume
Saya berminat nak kerja!!!
Saya berminat nak bekerja..sekiranya ada kosong boleh email says..tq
Sekarang saya tengah cari duit tambahan harap maklum baru nak berdikari sendiri jadi kalau ada kerja kosong boleh e-mail saya
part time jobs
saya nak cuba bnda baru which is content writer sebab saya mula minat dengan ghost writer. Masalah saya sekarang,saya tidak tahu macam mana nak buat resume untuk content writer.
leave your work
saya nak cari kerja yang hanya perlukan assistance and pada weekend, if there’s available pm please
I hope get part time job..anything as long can make money..thanks
I need a part time job especially data entry. Can do it at night or during weekend.
online laptop
INTERESTED CANDIDATES ENCOURAGED TO APPLY FOR THE PART TIME JOBS. PLEASE REFER DETAILS BELOW.
.
SUBMIT APPLICATION HERE >> https://bit.ly/3LNGp4D
Tolong saya berminat kerja part-time di rumah sila bg info dalam e-mail kalau boleh dengan segera
saya berminat buat kerja dirumah on line.
saya berminat buat kerja dirumah on line.
boleh beri keterangan lanjut.
i need work from home. tq